Datuk Wan Saiful Wan Jan melepaskan jawatan sebagai Ketua Penerangan Bersatu selepas berdepan pertuduhan menerima rasuah hampir 7 juta ringgit berkaitan program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).
Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu dalam sidang media di dewan rakyat berkata, keputusan tersebut diambil selari dengan prinsip dan perjuangan bagi membezakan dirinya dengan individu-individu lain yang terpalit dengan kluster mahkamah.